Dividen SALCRA 80 peratus lebih tinggi

Dividen SALCRA 80 peratus lebih tinggi, Sarawak Update, Info Sarawak terkini, Berita Sarawak terbaru, Suara Sarawak, Sarawak Viral News

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak ( SALCRA) meluluskan pembayaran dividen sebanyak RM60.77 juta bagi tahun kewangan 2021 dan 80 peratus lebih tinggi.

Mesyuarat Lembaga SALCRA dipengerusikan Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah meluluskan pembayaran dividen itu.

"Pembayaran terbabit 80 peratus lebih dari pembayaran RM33.10 juta bagi tahun 2020," menurut kenyataan media SALCRA hari ini.

Sejumlah 13,176 peserta (93 peratus dari keseluruhan peserta) yang tanah mereka dalam pengeluaran akan menerima pembayaran itu.

"Seperti biasa, pembayaran terbabit akan dilakukan dalam dua peringkat, dikreditkan terus ke akaun bank peserta,"tambahnya.

Pembayaran pertama akan pada Januari dan yang kedua akan pada Julai 2022.

Pengurus Besarnya, Joseph Belandoi berkata keseluruhan prestasi tahun 2021 amat banyak dipengaruhi dua faktor utama iaitu pandemik COVID-19 dan harga kelapa sawit.

"Kebanyakkan pekerja adalah warga asing, pengambilan samada yang baru atau mengantikan yang tua tidak boleh dilakukan disebabkan sekatan rentas sempadan,"katanya.

Menurutnya ini menyebabkan kekurangan pekerja bagi melakukan operasi lapangan terutama penuaian.

Katanya pihak pengurusan melakukan beberapa inisiatif seperti memfokuskan penambahbaikan prestasi melalui peningkatan mekanisasi estet, mengunakan kontraktor dan mengambil pekerja tempatan.

Tambahnya, harga minyak sawit mentah yang menguntungkan yang berlegar atas RM3,600 per metric tonne sepanjang tahun juga menungkatkan prestasi kewangan.
© all rights reserved
by sarawakupdate